Tindakan MBSA anjur program penyusunan semula peniaga perlu dipuji

0
443

CYBERJAYA – Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja Bandar Baru Sungai Buloh perlu dipuji kerana langkah ini mampu mengelak wujudnya peniaga tanpa lesen di bahu jalan.

Memetik laporan portal SelangorKini hari ini, program yang diadakan di Dewan Meranti di Bandar Baru Sungai Buloh sejak semalam memberi manfaat kepada 180 peniaga dan penjaja, apabila permohonan mereka diluluskan serta-merta.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Unit Aduan MBSA, Azlan Dollah, kejayaan program ini menunjukkan sebarang isu berbangkit boleh diselesaikan secara baik menerusi perbincangan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan peniaga.

“MBS mengucapkan terima kasih kepada peniaga kerana memberi kerja sama baik dalam usaha menyelesaikan insu berniaga tanpa lesen di bahu jalan,” kata Azlan kepada SelangorKini, hari ini.

Para pemohon lesen perniagaan sementara ini dikenakan caj sebanyak RM90 dengan lesen perlu diperbaharui setiap tiga bulan.

“MBSA sentiasa beruasah membantu peniaga kecil bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat Covid-19, ini komitmen kami sejak dahulu,” kata Azlan lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here