Tolong bantu peniaga BMF untuk gerakkan ekonomi umat Islam

0
275
Maulana Wan Tahir

MASJID TANAH – Umat Islam digesa terus memberi sokongan kepada usahawan Muslim supaya harga produk yang dihasilkan lebih kompetitif dan berdaya saing berbanding produk sama dihasilkan pengusaha bukan Islam.

Menurut Presiden Al-Mazahiri, Maulana Wan Tahir Al-Mazahiri, apabila usahawan Muslim berkenaan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti lebih banyak, sudah pasti mereka akan dapat menjualnya dengan harga lebih murah.

“Ada yang menyatakan bahawa produk Islam mahal sikit, tetapi kita kena teruskan tolong mereka, kalau dari awal kita tolong mereka, selepas ini kita akan dapat harga yang lebih murah.

“Kalau produk dihasilkan sedikit bagaimana mereka hendak turunkan harga? Contohnya kalau mereka membuat katering, kalau yang makan itu 10 orang tak kan nak bagi harga murah? Tetapi kalau yang makan 100 atau 1,000 orang sudah pasti harganya lebih murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor lain yang mempengaruhi harga berkenaan ialah apabila bahan asas dimonopoli peniaga bukan Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya umat Islam bersatu kekuatan untuk membantu ekonomi Islam.

Beliau berkata, ini kerana setiap perbelanjaan yang dibeli daripada usahawan BMF akan kembali kepada umat Islam berbanding barangan yang dibeli daripada peniaga bukan Islam.

“Kalau beli daripada peniaga Muslim, walaupun harganya lebih RM2.50 misalnya kita tahu ia akan kembali kepada umat Islam juga akhirnya tetapi kalau beli daripada peniaga bukan Islam walaupun lebih murah ia belum tentu kembali pada umat Islam, silap-silap keuntungan itu untuk membina rumah ibadat mereka,” tegasnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here