Turki temui sumber gas asli terbesar dalam sejarah

0
646
Recep Tayyip Erdogan ketika berucap di Istana Dolmabahce, semalam

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa negara tersebut menemui gas asli terbesar dalam sejarah di Laut Hitam.

Beliau berkata, kapal penggerudi Fatih milik Turki telah menemui gas asli itu dalam aktiviti penggerudian di Tuna-1 yang terletak di luar pantai bandar Eregli di wilayah utara Zonguldak.

“Kapal pengerudi ini menemui gas asli yang sebesar 320 bilion kubik meter pada 20 Julai lalu.

“Allah telah membuka pintu kekayaan yang belum pernah terjadi kepada kami.

“Saya berdoa kepada Allah agar pendapatan yang kita dapat dari sini akan membawa kebaikan kepada negara kita,” katanya ketika berucap di Istana Dolmabahce di Istanbul, semalam.

Kapal mengerudi Fatih yang berjaya menemui sumber gas asli berkenaan

Erdogan berkata, simpanan gas tersebut diberna nama Sakarya sempena nama sungai ketiga terpanjang di negara tersebut yang terletak di kawasan Laut Hitam dan kawasan yang berlakunya peperangan pada Ogos 1921.

Beliau berkata, sekiranya gas asli itu dapat diekstrak secara komersial, ia sekali gus dapat membantu negara tersebut mengurangkan kebergantungan terhadap import sumber tenaga dari Rusia, Iran dan Azerbaijan.

Secara purata Turki menggunakan sekitar 45 bilion kubik meter gas pada tahun lalu yang mana lebih 99 peratus diimport.

Turki sebelum ini telah membeli tiga jentera mengerudi dan dua kapal bagi kerja-kerja meneroka sumber gas sejak 10 tahun lalu di Lautan Mediterranean.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here