UKM lancar syiling sempena Jubli Emas

0
223

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini melancarkan duit syiling peringatan sempena Sambutan Jubli Emas universiti itu

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar selaku Pro Canselor UKM.

Turut hadir sama Tan Sri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor dan timbalan-timbalan Naib Canselor UKM.

Duit syiling peringatan jubli emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara itu mempunyai nilai muka RM10 dan RM1.

“Syiling dengan nilai muka RM10 diperbuat daripada perak tulin manakala duit syiling dengan nilai muka RM1 diperbuat daripada emas Nordic dan emas Nordic (proof).

“UKM telah menempah sebanyak 300 keping duit syiling perak, 10,000 keping duit syiling emas Nordic dan 500 keping duit syiling emas Nordic (proof) untuk dimiliki oleh Warga UKM, Alumni UKM, pesara dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi UKM hari ini.

Secara rasminya peminat, pengumpul dan orang ramai boleh mula membeli duit syiling peringatan itu dari Jabatan Bendahari UKM sebulan selepas ianya dilancarkan pada hari ini.

Harga jualan duit syiling peringatan jubli emas ini akan diputuskan oleh UKM dalam masa terdekat.

“Hasil jualan duit syiling peringatan ini akan dimanfaat oleh UKM untuk aktiviti pengajaran, penyelidikan dan kebajikan para pelajar,” katanya.

Semua duit syiling peringatan jubli emas UKM itu hadir bersama kotak dan kad yang direka khusus sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan UKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here