Ulama, pelajar dan mudir sekolah pondok doakan kejayaan Malakat Mall

0
299


MASJID TANAH- Hampir 250 jemaah menghadiri program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall yang kedua di Masjid Tanah di sini malam malam tadi.


Majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang itu diisi dengan pelbagai program seperti bacaan Yassin, solat Maghrib dan Isyak berjemaah, solat hajat serta doa dan munajat.


Jemaah berkenaan terdiri daripada penghuni-penghuni dan juga mudir-mudir sekolah pondok dan madrasah sekitar Melaka, Negeri Sembilan Selangor dan Johor.


Antara ahli ulama yang turut serta dalam program berkenaan ialah Penasihat Agama Malakat Mall, Ustaz Masridzi Sat serta Ustaz Maulana Wan Tahir Al Mazahiri.


Solat hajat, solat Isyak dan doa pogram Munajat Perdana itu dipimpin oleh ulama terkemuka iaitu Tuan Guru Ustaz Atoillah Ribath Sheikh Abd Qadir Al Jailani.


Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, program berkenaan diadakan sebelum proses ubah suai di Malakat Mall Masjid Tanah bermula.


“Sebelum proses ‘renovation’ sama seperti di Malakat Mall Cyberjaya, kita jemput para ulama, pelajar sekolah pondok dan mudir-mudir untuk zikir munajat kepada Allah.


“Usaha ini agar usaha Malakat Mall diberkati dan diberikan kemudahan untuk mencapat matlamat penubuhannya iaitu membina semula ekonomi umat Islam.


“Jadi, malam ini kita buat di Malakat Mall Masjid Tanah dan lebih 20 buah sekolah pondok hadir dengan doa yang penuh ikhlas untuk mohon segala urusan dipermudahkan,” katanya.


Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil berkata, mengikut perancangan Malakat Mall Masjid Tanah akan dibuka kepada umum pada awal Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here