WHO cuba dapatkan maklumat penuh Sputnik V daripada Rusia

0
112

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) kini sedang berunding dengan Rusia untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai vaksin Covid-19 yang didakwa berjaya dihasilkan.

Memetik laporan The Guardian, Pegawai Kecemasan WHO (Eropah), Catherine Smallwood berkata, maklumat ini diperlukan bagi menilai keberkesanan sebenar vaksin yang dinamakan sebagai Sputnik V itu.

“Kami tidak mahu menilai sesuatu itu secara tergesa-gesa.

“Kami perlukan masa untuk benar-benar memahami kedudukan vaksin tersebut dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai langkah (kelulusan) yang telah diambil,” kata Smallwood.

Minggu lepas, Rusia menjadi negara pertama yang mengumumkan kejayaan mereka menghasilkan vaksin yang berkesan dan dilesenkan untuk kegunaan umum di negara tersebut, tanpa melalui ujian klinikal fasa ketiga.

Namun, menurut institusi yang melaburkan dana penghasilan vaksin itu semalam, satu ujian berskala besar-besaran akan dimulakan mulai minggu hadapan, dengan kira-kira 40,000 peserta akan menerima dos vaksin berkenaan dalam satu ujian yang diawasi oleh sebuah badan penyelidikan asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here