WHO jangka Covid-19 akan tamat dalam masa kurang dari dua tahun

0
216
TEDROS ADHANOM GHEBREYESUS

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) menjangkakan pandemik Covid-19 akan dapat ditamatkan dalam masa kurang dari dua tahun.

Memetik laporan The Guardian, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus optimistik langkah ini akan dapat dicapai.

Beliau berkata, kepesatan teknologi akan memainkan peranan penting.

“Walaupun kita berada pada kedudukan yang tidak memberi kelebihan disebabkan globalisasi dan kesalinghubungan, tetapi kita mempunyai teknologi yang baik.

“Jadi, kita mengharapkan supaya pandemik ini dapat ditamatkan dalam masa kurang dari dua tahun,” kata Tedros.

Tedros menyamakan situasi sekarang seperti situasi dunia dilanda pandemik Spanish Flu pada tahun 1918.

Pada waktu itu, dijangkakan seramai 500 juta individu dipercayai dijangkiti wabak tersebut, dan mengorbankan antara 17 hingga 50 juta nyawa di seluruh dunia.

Pandemik yang disebabkan oleh koronavirus H1N1 itu hanya berjaya dikawal sepenuhnya selepas dua tahun.

“Dengan menggunakan segala kelwbihan yang kita ada, dan diharapkan dengan adanya vaksin nanti, saya berharap kita akan dapat menamatkan perebakan Covid-19 dalam masa lebih cepat daripada Spanish Flu,” kata Tedros.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here