YIDE agih sumbangan RM291,500 kepada 17 rumah anak yatim

0
307

CYBERJAYA- Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengagihkan sumbangan Fasa I kepada 17 buah rumah anak-anak yatim seliaan yayasan berkenaan yang berjumlah RM291,500.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah berkata, baki sumbangan Fasa II untuk 17 rumah anak-anak yatim itu pula akan dilunaskan pada hujung hujung ini.

Menurut Nur Mohd. Razali, pada tahun lalu, yayasan tersebut telah memperuntukkan sebanyak RM561,000 sumbangan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim seliaan YIDE.

“ YIDE menyeru kepada orang ramai, syarikat-syarikat korporat, agensi berkaitan kerajaan untuk terus memuliakan anak anak yatim dengan menyumbang melalui platform sumbangan terus ke akaun YIDE, Bank Islam (1223 40100 07330).

“Sumbangan juga boleh dibuat secara dalam talian (online) Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ , juga melalui Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay.

“Setiap sumbangan akan dikecualikan cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui resit rasmi YIDE.,” katanya.

Terdahulu, Nur Mohd. Razali bersama Pengerusi YIDE, DatukBakhtiar Hussin menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-63 di Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras.

Nur. Mohd.Razali berkata, majlis itu berlangsung sederhana namun meriah dan kekal patuh kepada pematuhan prosesur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sambutan melalui Program Semarak Jiwa Merdeka membabitkan rumah anak yatim dan pusat dialisis seliaan YIDE itu bermula awal Ogos sehingga 16 September ini.

“Program yang diadakan ini adalah salah satu aktiviti YIDE dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, di samping menerapkan semangat patriotik dalam kalangan warga kerja YIDE dan anak-anak yatim. 

“Semangat cintakan negara perlu dipupuk kerana dengan penghayatan tinggi oleh segenap lapisan masyarakat akan membawa kepada perjuangan pemimpin terdahulu dalam mencapai kemerdekaan”

“Ia sekali gus menjadikan rakyat atau individu menghormati pemimpin dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah disumbangkan sehingga dapat menikmati kestabilan politik.

“Kemerdekaan Malaysia amat besar maknanya dan ia harus difahami dan dihayati selain dikenang dalam diri setiap warga kota supaya semangat cintakan negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia.” Ujar beliau.

Dalam pada itu katanya, bendera Malaysia turut diedarkan kepada wakil penghuni 17 buah rumah anak yatim dan enam wak Pusat Dialisis MAIS seliaan YIDE sebagai tanda bermula semarak sambutan bulan kemerdekaan ke-63.

“Kami juga akan menganjurkan pertandingan menghias rumah anak yatim dan menawarkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada satu pemenang,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here