Wan Junaidi sokong penuh visi dan misi Malakat Mall

0
340


CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong penuh visi dan misi penubuhan Malakat Mall. 


Wan Junaidi berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan kementerian sendiri untuk menjayakan usahasama dengan Malakat Mall.


“Malam tadi, saya merasmikan pembukaan Malakat Mall yang diasas dan diusahakan Coach Fadzil Hashim bersama-sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

 
“Seorang anak muda dan usahawan yang mempunyai cita-cita, semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa koperasi juga mampu memiliki pasaraya yang boleh menempatkan barangan keluaran kaum Melayu dan Bumiputera.


“Saya menyokong penuh visi dan misi penubuhan Malakat Mall ini dan telah mengarahkan SKM dan MEDAC untuk membantu dan menjayakan usahasama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Wan Junaidi, pusat perniagaan yang diwujudkan itu merupakan pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim dan Bumiputera.


Katanya, Malakat Mall juga boleh menjadi platform untuk membantu usahawan Bumiputera dan juga koperasi memperkenal dan mengetengahkan produk-produk berkualiti mereka kepada umum.


“Saya berharap agar pihak pengurusan Malakat Mall boleh bekerjasama dengan agensi di bawah MEDAC seperti SKM dan PNS dalam meningkatkan bilangan produk tempatan di pasaran,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here