Umrah: Malaysia tunggu senarai negara dari Arab Saudi

0
178
Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

CYBERJAYA- Malaysia tidak mahu terburu-buru dan mendesak kerajaan Arab Saudi berhubung senarai negara yang dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya juga masih belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu.

“Kita sambut baik cadangan yang menunjukkan kerajaan Arab Saudi amat prihatin berkenaan isu kesihatan. Setakat ini, kita belum dapat lagi senarai negara mana yang cadangkan. 

“Apabila dimaklumkan secara rasmi kita akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya jemaah Malaysia diberi kebenaran menunaikan umrah.

“Kita masih belum berbincang dengan kerajaan Arab Saudi kerana tidak mahu dilihat mendesak mereka kerana kita tahu situasi semasa Covid-19 di sana dan di Malaysia juga masih belum terkawal sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu menurut laporan Utusan Malaysia, Dr. Zulkifli menyempurnakan majlis penutup Program Semarak Jawi sempena Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Agama An-Najah, Presint 9, di Putrajaya semalam.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun mulai 4 Oktober ini, selepas tujuh bulan kebenaran itu digantung berikutan pendemik Covid-19.

Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan, manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here