3 kes positif Covid-19 dikesan Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi

0
6778
Tangkap layar kenyataan Klinik As-Salam mengenai kes positif Covid-19 semalam.

BANGI – Pengurusan Klinik As-Salam cawangan Bandar Baru Bangi di Seksyen 7 di sini mengesan tiga kes positif Covid-19 daripada ujian saringan PCR yang dilakukan di bahagian luar klinik berkenaan semalam.

Dua daripada mereka adalah pembantu rumah yang hadir melakukan saringan untuk tujuan pulang ke negara asal manakala seorang lagi adalah kes pulang dari Tawau, Sabah.

Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi dalam kenyataan di Facebook semalam berkata, ujian saringan itu yang dilakukan pada Ahad lalu mendapati tiga individu berkenaan positif Covid-19. 

“Proses saringan dilakukan oleh pihak kami mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh KKM dan lengkap dengan pemakaian Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE). 

“Semua ‘kontak’ atau transaksi di luar kawasan premis klinik termasuk urusan pembayaran dilakukan secara dalam talian,’’ katanya.

Selain itu, Klinik As-Salam memaklumkan proses nyah kuman dilakukan setiap hari pada kekerapan setiap pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here