873 ditahan polis ingkar arahan PKP

0
104

CYBERJAYA – Sebanyak 873 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 797 individu telah dikompaun, 71 direman manakala lima individu dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (580), tidak mematuhi penjarakan fizikal (118), tidak memakai pelitup muka (52), premis beroperasi lebih masa (52).

“Turut ditahan pendatang asing tanpa izin (39), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan (22), disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran (7), melanggar perintah kuarantin (2), dan menghalang penjawat awam bertugas (1),” katanya dalan kenyataan berkaitan PKP hari ini.

Beliau berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah
membuat 58,147 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, sebanyak 2,770 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,255 anggota telah membuat pemantauan di 4,099 pasar raya, 4,936 restoran serta 1,419 penjaja, 1,040 kilang, 3,719 bank dan 742 pejabat kerajaan.

Tambah beliau, sebanyak 1,086 terminal pengangkutan darat turut dipantau, 218 terminal pengangkutan air serta 113 terminal pengangkutan
udara.

Ismail berkata, bagi kawalan sempadan, Operasi Benteng berjaya melakukan 14 tangkapan
melibatkan 30 PATI dan 4 penyeludup.

“Sebanyak 79 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam melibatkan PDRM (65 SJR), AKSEM (10 SJR), dan ATM (4 SJR).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus
mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here