
CYBERJAYA – Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman telah memberikan satu isyarat jelas bahawa beliau memang mahu mengapungkan saham kelab itu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, dalam dunia saham, apa sahaja boleh disenaraikan dan diapungkan sahamnya.
“Contohnya syarikat jual nasi lemak OldTown pernah disenaraikan dengn nilai RM1.6 bilion, syarikat Old Changkee yang menjual karipap di Singapura bernilai RM400 juta, syarikat kondom Karex RM850 juta, pembuat zip seluar baju YKK bernilai RM24 bilion.
“Jual tukul besi dan alat perkakas DIY, MR DIY pun bakal IPO dengan nilai RM10Billion,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya semalam.
Beliau juga melihat apa yang dilakukan oleh Bali United yang memiliki IPO bernilai RM300 juta sebagai contoh terdekat dan menyatakan jika Indonesia pun boleh IPO, mengapa tidak bagi Kelantan FC.
Selain itu katanya, antara kelab bola sepak ternama yang disenaraikan di pasaran saham ialah Manchester United (RM10 billlion), As Roma (RM1.2 billion), Real Madrid (RM6 billion), Juventus (RM5 billion).
Zamsaham turut menyatakan kelebihan jika saham diapungkan iaitu syarikat akan lebih telus, segala hal berkaitan akaun akan dibentangkan pada AGM dan semua pemegang saham boleh semak dan ajukan pertanyaan.
“Tentunya bukan sahaja bersorak, tetapi lebih dekat kerana sorak atas kapasiti sebagai pemilik bersama. nama anda ada dalam senarai sebagai ‘shareholder’.
“Peminat boleh jual saham atau beli saham bila-bila masa.Maksudnya sesiapa sahaja boleh beli saham dengan modal serendah RM1000 jika harga sahamnya ditawarkan pada IPO nanti harganya RM1.00.
“Jemputan hadir ke AGM, bila dah jadi shareholder, semua penyokong Kelantan boleh pilih sendiri ‘CEO’ Kelab Pasukan Bola Sepak Kelantan FC, boleh ljuga ajukan permintaan untuk kekalkan seseorang jurulatih.
“Bila pasukan bola diapungkan, tentunya hal pengurusan dan kewangan, kalau anda nampak ada penyelewengn boleh sahaja pakat ramai-ramai buat EGM dan ‘tendang’ pengurus-pengurus yang menyeleweng.
“Modal dari pengapungan saham adalah lebih baik dari meminjam duit bank sebab bank tetap akan mintak ‘loan’ dan ‘interest’ dalam keadan senang atau sukar. Jauh berbeza dengan konsep saham yg lebih adil berdasarkan konsep pemilikkan entiti perniagaan atau pasukan bola sepak kesayangan,” katanya.
Dalam pada itu, Zamsaham berkata, ada juga p[ihak yang bertanya kenapa beliau bodoh bayar huyang lapuk bernilai RM6.8 juta milik KAFA.
“Ya, aku memang bodoh, tapi aku tahu apa yg aku buat. Kalau nak jelas ,bacalah kisah Bagaimana Tan Sri Tony Fernades beli syarikat RM1.00 dengan hutang RM40juta, tidak sampai lima tahun berjaya IPO dengan nilai RM3billion.
“Jadi, ini misi dan ‘road map’ untuk IPO pasukan bola sepak, karipap boleh IPO takkanlah pasukan kita tidak boleh IPO.
“Insha-Allah, jika ditakdirkan berjaya IPO dalam masa lima tahun ini akan aku asingkan peruntukkan saham khas pada semua peminat TRW Kelantan FC.
“Kepada pemain Kelantan FC team musim depan,aku rancang nak bagi saham, Insha-Allah ada peruntukkan saham Pre IPO, ‘special interest group shares’. aku bagi 5 tahun awal sebelum IPO,” katanya.