Aminudin dan Tok Ki dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall

0
629
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminudin Yahaya menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall dalam majlis di Casa De Madani malam tadi


CYBERJAYA- Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminudin Yahaya semalam secara rasmi dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall.


Turut dilantik untuk jawatan yang sama ialah, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Tok Ki.

Datuk Nadzim Johan turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall.


Watikah pelantikan kepada kedua-dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam majlis yang berlangsung semalam di Casa De Madani.


Dalam Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Masridzi Sat dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Agama Malakat Mall.

Presiden Perkid, Masridzi Sat dilantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Agama Malakat Mall


Pada majlis yang sama, Aminudin dan Masridzi turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).


Turut dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat KoPPIM ialah Timbalan Pengerusi Pembela, Datuk  Zainul Rijal dan Setiausaha Agung Muafakat, Mahmud Hishamuddin.


Pada majlis itu, Mohd. Fadzil atau terkenal dengan jolokan Pendekar Ekonomi Islam turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Kehormat Majlis Penasihat Ekonomi KoPPIM.


Kesemua watikah pelantikan bagi jawatan dalam KoPPIM bagi tempoh 2020 hingga 2022 itu disampaikan oleh Tok Ki yang juga merupakan Pengerusi KoPPIM.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here