Annuar minta DBKL jelaskan pertukaran nama Jalan Raja Laut 1

0
333


ANNUAR MUSA

CYBERJAYA РDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memberi penjelasan berhubung penukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin yang telah mengundang kritikan pelbagai pihak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tiada halangan untuk mewujudkan nama Jalan Palestin namun, tidak bersetuju pertukaran melibatkan nama jalan yang mempunyai kaitan dengan sejarah Melayu.  

“Saya tiada halangan nak makan (nak namakan) jalan di KL (Kuala Lumpur) Jalan Palestin, sebagai tanda sokongan KL kepada perjuangan pembebasan AL-Quds.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan KL,” katanya dalam ciapan di laman Twitter miliknya, hari ini.

Kelmarin, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali merasmikan nama Jalan Palestin di ibu negara.

Bagaimanapun, pertukaran nama jalan itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju nama Jalan Raja Laut 1 yang mempunyai nilai sejarah ditukar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here