Apa rahsia Ronaldo kekalkan prestasi?

0
67
Prestasi terbaik Cristiano Ronaldo sentiasa membantu pasukannya untuk mengatasi lawan tidak kira ketika mewakili Juventus mahupun Portugal.

CYBERJAYA – Prestasi dan fizikal Cristiano Ronaldo masih dalam keadaan sangat ‘hebat’ meskipun umur penyerang Juventus itu sudah mencecah 35 tahun.

Bagi kebanyakan pemain bola sepak yang memasuki pertengahan 30-an, mereka akan mula mengalami kemerosotan prestasi, malah ada yang gantung but.

Namun tidak bagi Ronaldo, lariannya masih kencang dan berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil dia boleh bermain di peringkat tertinggi untuk tiga atau empat musim lagi.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia yang membolehkan legenda yang juga kapten Portugal itu berada pada tahap terbaik.

Jawapannya nampak mudah biarpun tidak mudah untuk memenuhinya iaitu jangan merokok, tidak mengambil minuman keras, disiplin pemakanan yang ketat dan sentiasa bekerja kuat di gimnasium.

“Ketika ini, secara biologinya saya rasa seperti berusia 23 tahun. Saya masih punya masa yang panjang dan boleh beraksi sehingga 41 tahun,” kata Ronaldo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here