APPM Kelantan tahan bot bersama empat kru warga Myanmar

0
125

PASIR PUTEH – Maritim Negeri Kelantan menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama tekong dan empat kru warga Myanmar di perairan Tumpat kerana melanggar syarat lesen di kedudukan sekitar 10 batu nautika daripada daratan pada jam 9.03 malam, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, tangkapan dibuat ketika bot sedang menjalankan aktiviti menunda di zon larangan bagi kelas C selepas menerima maklumat daripada komuniti maritim.

“Mengikut peraturan yang dikeluarkan, bot kelas C bagi perairan Kelantan hanya boleh menangkap ikan pada jarak 12 batu nautika ke atas,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Munurut Asmawie, bot tersebut didaftarkan di negeri Pahang, manakala kesemua tekong dan kru yang ditahan berusia lingkungan 29 hingga 41 tahun itu memiliki dokumen yang sah.

Katanya, APMM turut merampas hasil tangkapan yang dianggarkan 500 kilogram bernilai RM 2500.

Beliau berkata, bot bersama tekong dan empat kru ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

”Bot bersama tekong dan empat awak-awak dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

”Kita juga akan mempertingkatkan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan dalam usaha untuk mengesan tonto-tonto di laut serta untuk mencegah kemungkinan berlakunya kegiatan penyeludupan menggunakan bot nelayan tempatan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here