AstraZeneca hentikan sementara ujian fasa terakhir vaksin Covid-19

0
87
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Firma farmaseutikal AstraZeneca Plc. menghentikan sementara ujian fasa terakhir vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan apabila salah seorang daripada calon ujian mengalami ‘masalah kesihatan serius’.

Menurut portal The Guardian, pemberhentian sementara itu adalah bagi membolehkan para pakar menyemak semula data terutamanya berkaitan keselamatan.

“Ujian klinikal fasa terakhir ini dihentikan sementara bagi kami meneliti keadaan salah seorang subjek ujian ini,” kata seorang jurucakap AstraZeneca yang tidak dinamakan.

Vaksin yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Oxford ini pada mulanya dijangkakan akan diedarkan mulai Januari 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here