ATM berjaya tahan 13 PATI

0
149
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi serbuan di kawasan perairan Kompleks Rakan Muda, Bandar Penawar di Johor, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), penahanan ini berlaku di sektor Op Benteng yang menjadi tanggung jawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) dan Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

GAMBAR IHSAN ATM

Kata kenyataan itu, operasi tersebut digerakkan setelah anggota yang berkawal di pos pemerhati terdengar bunyi enjin bot yang sedang berlegar-legar di kawasan tersebut.

Pasukan TindakCepat (QRF) yang kemudiannya digerakkan ke kawasan berkenaan kemudiannya berjaya mengesan kedudukan kumpulan PATI yang bersembunyi, dan serbuan pada pukul 9 malam itu berjaya mengejutkan mereka.

GAMBAR IHSAN ATM

Hasil serbuan yang dilakukan berjaya menahan kumpulan PATI tersebut yang terdiri daripada lapan lelaki dan 5 perempuan.

Pihak ATM turut berjaya merampas sejumlah wang tunai dan telefon bimbit dengan nilai anggaran keseluruhan RM31,605.

Kesemua PATI yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here