ATM nafi berita jangkitan Covid-19 akibat celup jari dalam dakwat mengundi

0
125

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan terdapat insiden jangkitan Covid-19 dalam kalangan warganya sewaktu proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kelmarin.

Penafian ini terkandung dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepaada pihak media, sebentar tadi.

“Maklumat yang menjadi tular dalam meida sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan.

“(Oleh itu), Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu.

Semalam, satu dakwaan yang mengaitkan jangkitan Covid-19 dengan mencelup jari ke dalam botol dakwat sewaktu membuang undi awal menjadi tular dalam media sosial.

“ATM ingin menegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here