ATM tahan 15 PATI

0
92
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan pendatang asing warga asing (PATI) daripada membolosi sempadan negara, awal pagi tadi.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan Operasi Benteng yang dipertanggungjawabkan ke atas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

GAMBAR IHSAN ATM

Dalam operasi di Sedili Kechil, Kota Tinggi itu, pihak ATM berjaya menangkap 15 orang PATI yang dipercayai sedang cuba untuk pulang ke negara asal mereka.

Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 45 tahun.

Pasukan keselamatan turut berjaya merampas wang tunai dan 17 buah telefon bimbit dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak RM40 ribu.

Kesemua PATI yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here