ATM tahan 27 PATI cuba pulang ke negara asal

0
274
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan seramai 27 pendatang tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di Bandar Penawar, Johor, petang tadi.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan sebentar tadi, kesemua PATI tersebut ditahan di kawasan Op Benteng yang menjadi tanggung jawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

GAMBAR IHSAN ATM

“Pihak ATM telah mengatur gerak kumpulan tindakcepat (QRF) setelah menerima aduan daripada orang ramai mengenai kehadiran individu yang mencurigakan di kawasan tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Pihak QRF kemudiannya bertindak menyerbu lokasi tersebut pada pukul 6 petang, dan berjaya menahan 27 PATI yang terdiri daripada 23 lelaki dan 4 wanita berusia dalam lingkungan 21 hingga 46 tahun.

GAMBAR IHSAN ATM

Kesemua PATI tersebut dipercayai sedang merancang untuk kembali ke negara asal mereka, sebelum berjaya ditahan.

Pihak ATM turut berjaya merampas sejumlah wang tunai dalam pelbagai matawang dan telefon bimbit dengan jumlah anggaran bernilai RM62,583.86.

Kesemua PATI yang ditahan kemudiannya di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here