Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya

0
63

CYBERJAYA- Masalah ganggua bekalan air di tujuh wilayah di Lembah Klang yang disebabkan pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang sejak Khamis lalu telah pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, tujuh wilayah yang terjejas sebelum ini telah menerima bekalan air sejak pukul 7 pagi tadi.

“Tujuh wilayah yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih di atas kesabaran para pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Sentiasa gunakan air secara berhemah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu kataya, sebarang pertanyaan dan bantuan, pengguna boleh merujuk semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here