Bekalan air di tujuh wilayah terjejas hari ini

0
141

CYBERJAYA-  Tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan air hari ini selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas selepas berlaku pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor.

Tujuh wilayah itu ialah iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang akan mengalami gangguan air bermula pukul 10 pagi hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas sejak pukul 7.15 pagi tadi.

“Tiga lagi LRA turut dihenti tugas iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 SSP3 bermula pukul 9 pagi “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Elina, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimuat naik menerusi laman media sosial Twitter, Instagram, Facebook, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Jelasnya, Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan segera.

“Pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah,” katanya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here