Bekas Menteri Besar Terengganu meninggal dunia pada usia 88 tahun

0
194
Allahyarham Wan Mokhtar Ahmad

CYBERJAYA – Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi tadi di sebuah hospital di ibu negara.

Berita kematian Allahyarham, 88, yang juga menteri besar paling lama mentadbir Terengganu disampaikan sendiri oleh anaknya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Menurut Wan Abdul Hakim menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas Zohor.

Beliau berkata, jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.

“Mohon doakan keampunan Allah pada beliau, dipermudahkan perjalanan di alam barzah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau,halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Wan Mokhtar dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu daripada tahun 1974 sehingga tahun 1999.

Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada tahun 2000 sehingga tahun 2005.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here