Bekas pegawai kanan ATM buat tuntutan palsu ditahan SPRM

0
413
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Datuk bersama seorang lagi individu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan tuntutan palsu projek naik taraf jalan raya pedalaman di Sarawak.

Seorang lagi yang ditahan merupakan seorang pengarah syarikat pembekal.

Perintah reman selama tiga hari itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Siti Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sebelum ini, kedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 62 dan 56 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 5 petang dan 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, menurut sumber, tuntutan itu membabitkan pelaksanaan 10 jalan negeri di Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan.

Difahamkan, kesemua projek berkenaan bernilai kira-kira RM800 juta.

Ia membabitkan projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dikenali sebagai ‘Projek Jiwa Murni’ di bawah kementerian berkenaan dan ia dianugerahkan kepada syarikat itu sejak tahun 2010 hingga 2016.

Daerah serta kawasan yang terbabit adalah di Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga.

Sebelum ini, dua pengarah syarikat yang bergelar ‘Datuk’ turut ditahan SPRM berhubung kes sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here