Berbasikal di lebuh raya boleh didenda sehingga RM1,000

0
253
Gambar di media sosial yang menunjukkan beberapa penungang basikal membahayakan diri sendiri dengan menunggang secara berkelompok di lebuh raya

CYBERJAYA – Penunggang basikal dinasihatkan supaya tidak berbasikal di lebuh raya atau bakal berhadapan dengan denda sehingga RM1,000 jika mengingkarinya.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya hari ini.

Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal secara beramai-ramai semakin mendapat tempat di hati peminat berbasikal.

Bagaimanapun, berdasarkan beberapa gambar yang tular menerusi media sosial menunjukkan terdapat penunggang basikal yang berbasikal di lebuh raya sehingga menimbulkan kebimbangan banyak pihak mengenai tahap keselamatan mereka. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here