Label LTTE bukan lagi pengganas memang cadangan saya – Tun M

0
453
DR. MAHATHIR MOHAMAD

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan surat cadangan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) tidak lagi dilabelkan sebagai pengganas adalah tulisannya.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan surat cadangan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) tidak lagi dilabelkan sebagai pengganas adalah tulisannya.

Pengakuan itu dibuat beliau di laman blognya che.det.cc yang mengatakan surat bertarikh 12 Februari 2020 berkenaan ditulis kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, cadangan mengenai perkara itu dibuat selepas mengambil kira kerajaan Sri Lanka tidak lagi melabel kumpulan tersebut sebagai pengganas.

Sehubungan itu beliau melihat penyebaran surat itu kepada tatapan umum adalah untuk memperlihat seolah-olah dirinya menyokong LTTE.

“Saya mencadangkan supaya Tamil Tigers tidak lagi dilabel sebagai terrorists kerana Kerajaan Sri Lanka sendiri, di mana pertembungan mereka dengan Tamil Tigers berlaku, tidak lagi melabel kumpulan dan pengikutnya sebagai terrorists.

“Jika label terrorists diguna terhadap Tamil Tigers, maka mereka tidak boleh ikat jamin sementara menunggu perbicaraan,” katanya dalam kenyataan di blognya che.det hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, berkenaan dengan penyokong LTTE di negara ini, beliau dimaklumkan Peguam Negara ketika itu, tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka di bawah undang-undang keganasan yang tidak boleh diikat jamin semasa menunggu perbicaraan.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa sekadar memberi pendapat kepada menteri yang bertanggungjawab berkenaan perkara itu dan pendapat beliau itu bukannya suatu arahan.

“Bagi saya, jika kerajaan dan Peguam Negara pada hari ini merasa terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka, seharusnya mereka memulakan proses perundangan yang sewajarnya.

“Saya berharap tidak berlaku kezaliman apabila menegakkan keadilan dan melaksanakan undang-undang,” katanya.

Surat cadangan supaya kumpulan LTTE tidak dilabel sebagai pengganas yang ditandatangani Dr. Mahathir tular beberapa bulan lalu melalui Facebook dan WhatApps. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here