Covid-19: 100 kes baharu dicatatkan hari ini

0
145

CYBERJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia naik mendadak hari ini apabila sebanyak 100 kes dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari menjadikan jumlah kumulatif 9,559 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 85 kes adalah kes tempatan manakala, 15 lagi kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“85 kes penularan di dalam negara itu membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.

“Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 62 kes, iaitu 32 jangkitan membabitkan warga Malaysia, manakala 30 lagi bukan warganegara.

“Selain itu, 22 kes lagi membabitkan warga Malaysia dari Kluster Sungai di Kedah dan satu lagi kes dari kluster sama di Perlis,” katanya dalam sidang Akhbar harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 12 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,136 kes.

Justeru itu katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 295 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

“Ada tujuh kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 128 kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here