Covid-19: 101 kes baharu hari ini

0
92
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA- Sebanyak 101 jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 11,135 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 97 kes merupakan kes penularan tempatan dan empat lagi adalah kes import.

“Kes import membabitkan seorang individu warga negara dan tiga individu bukan warga negara. Bagi 97 kes penularan tempatan, sebanyak 93 kes membabitkan warga negara manakala empat bukan warga negara.

“Sabah kekal tertinggi iaitu 70 kes, Selangor (13 kes), Johor (tiga kes) dan masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, Melaka, Perlis, Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat sebanyak 50 kes pulih hari ini, ia menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,939 kes iaitu 89.3 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,062 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, 13 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here