Covid-19: 11 kes baharu dilaporkan di seluruh negara

0
69

CYBERJAYA – Sebanyak 11 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara bagi hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pecahan kes baharu ini melibatkan empat kes jangkitan tempatan dan tujuh kes import.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,385 kes.

Sementara itu, terdapat sembilan kes yang telah dikategorikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka kes yang telah sembuh kepada 9,092 kes.

Pada waktu ini, terdapat 165 kes yang diklasifikasikan sebagai masih akti dan mempunyai kebolehjangkitan sedag menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, empat kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 128 apabila tiada laporan baharu melibtkan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here