
CYBERJAYA – Sebanyak 21 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam
negara setakat tengah hari tadi.
Kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, terdapat 16 kes
akibat penularan tempatan dilaporkan, manakala selebihnya adalah kes
import.
Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di
dalam negara kepada 10,052 kes.
sementara itu, sebanyak 15 kes telah diklasifikasikan sebagai telah
sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keselurhan kes
sembuh kepada 9,250 kes.
Setakat ini, terdapat 674 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif
dan mempunyai kebolehjangkitan telah diasingkan di hospital bagi
menerima rawatan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU0
dengan 2 daripadanya diberi bantuan pernafasan.
Tiada laporan baharu mengenai kematian diterima, menjadikan angka
keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di dalam negara setakat ini
kekal sebanyak 128 kes.