Covid-19: 24 kes baharu dilaporkan

0
104
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kes positif baharu Covid-19 di dalam negara kembali mencecah dua angka, apabila sebanyak 24 kes dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 18 daripada kes yang dilaporkan melibatkan kes jangkitan tempatan, manakala selebihnya adalah kes import.

“Bagi kes jangkitan tempatan, 16 dikesan di Kedah manakala dua lagi di Sabah,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,583 kes.

Sementara itu, sebanyak tujuh lagi kes telah dikategorikan sebagai telah sembuh dan didiscaj, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 9,143 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 317 kes yang dikalsifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, tujuh kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 128 apabila tiada laporan baharu mengenai kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here