Covid-19: 4,786 kes baharu di Mexico

0
39

CYBERJAYA – Mexico melaporkan pertambahan sebanyak 4,786 kes positif baharu Covid-19 di negara tersebut, semalam.

Menurut portal The Guardian, sebanyak 601 lagi kes kematian baharu dilaporkan bagi tempoh yang sama.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara tersebut kepada 710,049 kes.

Angka kematian pula kini sudah mencecah 74,949 kes.

Bagaimanapun, para pakar menganggarkan angka sebenar kes positif dan kematian adalah jauh lebih tinggi kerana kekurangan jumlah ujian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here