Covid-19: 51 kes baharu di seluruh negara

0
115

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat 57 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Kata KKM, daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes merupakan akibat penularan tempatan manakala enam lagi adalah kes import.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 10,276 kes.

Sementara itu, terdapat 40 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan yang telah sembuh kepada 9,395 kes.

Setakat ini, terdapat 751 kes yang masih diklasifikasikan sebagai aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya telah diasingkan di hospital nagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian setakat ini kekal 130 kes apabila tiada laporan baharu mengenai kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here