Covid-19: 62 kes baharu dilaporkan

0
71

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan pertambahan sebanyak 62 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi.

Kata KKM, daripada jumlah itu, hanya satu kes melibatkan kes import, dengan selebihnya merupakan kes penularan tempatan.

Bagi kes tempatan, 59 daripadanya dilaporkan di Sabah, dan masing-masing satu kes dari Kedah dan Pulau Pinang.

Pertambahan ini menjafikan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 10,031 kes.

Sementara itu, terdapat 26 kes lagi yang telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 9,235 kes.

Pada waktu ini, terdapat 668 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang diraeat di hospital.

Daripada jumlah itu, 15 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan tiga daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian, setakat ini, kekal sebanyak 128 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here