Covid-19: Angka kematian petugas kesihatan paling tinggi di Mexico

0
59

CYBERJAYA – Mexico merekodkan angka kematian tertinggi dalam kalangan petugas kesihatan berbanding negara-negara lain, kata Amnesty International.

Memetik laporan Reuters, setakat ini, bilangan petugas kesihatan di seluruh dunia yang kehilangan nyawa dalam melawan pandemik ini adalah seramai 7,000 orang, dan menurut Amnesty, seramai 1,320 daripadanya adalah dari Mexico.

Lain-lain negara yang mempunyai bilangan yang tinggi adalah Amerika Syarikat (1,077), Brazil (634) dan India (573).

“Walaupun usaha memerangi pandemik ini sudah berlangsung selama beberapa bulan, angka kematian dalam kalangan petugas kesihatan masih lagi tinggi, terutamanya di Mexico, Brazil dan AS,” kata Pengarah Sektor Ekonomi dan Keadilan Sosial Amnesty International, Steve Cockburn.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here