Covid-19: Dua kematian dan 89 kes baharu hari ini

0
134
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA-Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat dua lagi kes kematian akibat Covid- 19 pada pada hari ini.

Ia menjadikan jumlah kematian dalam negara meningkat kepada 136 kes atau bersamaan dengan 1.21 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes baharu pula terdapat 89 kes hari ini.

“Daripada kes baharu yang direkodkan itu, 86 adalah melibatkan kes tempatan dan tiga lagi merupakan kes import.

“Terdapat 28 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,967 kes.

“Sehingga kini, 16 pesakit positif Covid-19 dirawat di ICU dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here