Covid-19: Enam kes baharu dilaporkan dalam negara

0
45

CYBERJAYA – Sebanyak enam kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, pecahan kes baharu ini melibatkan empat kes import dan dua kes penularan tempatan.

‘Bagi kes tempatan, twrdapat masing-masing satu kes dilaporkan di Selangor dan Pahang,” kata kenyataan tersebut.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,360 kes.

Sementara itu, sebanyak empat kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 9,079 kes.

Pada ketika ini, terdapat 153 kes diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, empat kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Tiada laporan baharu mengenai kematian diterima setakat tengah hari tadi, menjadikan angka kematian akibat Covid-19 dalam negara kekal 128 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here