Covid-19: Kenaikan mendadak akibat banduan PATI

0
209

CYBERJAYA – Kenaikan mendadak kes positif baharu di Lahad Datu, Sabah, adalah berpunca daripada pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Daerah (IPD) pada 24 Ogos lalu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 66 kes positif telah dikesan dalam kluster ini, dengan 64 kes atau 97 peratus daripadanya melibatkan para banduan di lokap tersebut.

Kes selebihnya melibatkan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes indeks kluster ini berpunca daripada dua banduan yang didapati positif pada 31 Ogos setelah melalui proses saringan.

“Dalam tempoh tujuh hari (ini), sebanyak 1,404 orang telah disaring dan daripada jumlah itu, sebanyak 66 kes positif telah dikesan,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial miliknya, sebentar tadi.

Dr Noor Hisham turut menambah, kluster ini melibatkan dua daerah di negeri tersebut, iaitu di Lahad Datu dan Tawau.

Pihak KKM telah menyaring sebanyak 420 orang di Lahad Datu, dan hasil keputusan mendapati 50 daripadanya didapati positif.

Sebanyak 337 lagi sampel didapati negatif, dan baki 33 lagi masih menunggu kepututusan.

Bagi daerah Tawau pula, KKM telah menyaring sebanyak 984 orang, dan mendapati 16 daripadanya adalah positif.

Baki 230 orang lagi didapati negatif, manakala 738 orang lagi masih menunggu keputusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here