Covid-19: Kes di India melebihi 6 juta

0
71
Seorang petugas kesihatan melakukan tugasan nyahkuman terhadap sebuah ambulan yang digunakan bagi mengangkut pesakit Covid-19 di India. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India kini melebihi enam juta, kata Kementerian Kesihatan negara tersebut.

Menurut laporan AP, India hari ini melaporkan pertambahan sebanyak 82,170 kes positif bharu menjadikan angka keseluruhan kes di negara tersebut kepada 6,074,703 kes.

Laporan tersebut turut menyebut sebanyak 1,039 kematian baharu direkodkan, menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di negara tersebut kepada 95,542 kes.

Para pakar kesihatan meramalkan India bakal memintas kedudukan Amerika Syarikat (AS) selaku negara yang mempunyai bilangan kes disahkan paling tinggi dalam masa beberapa minggu lagi.

Pada ketika ini, AS mempunyai sebanyak lebih daripada tujuh juta kes yang disahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here