Covid-19: Pakar tidak tolak kemungkinan gelombang kelima boleh landa China

0
363

CYBERJAYA – Seorang pakar epidemilogi tidak menolak kemungkinan gelombang kelima jangkitan Covid-19 boleh berlaku di China.

Menurut laporan portal South China Morning Post, pendapat tersebut diutarakan oleh Wu Zunyou dari Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan China.

“Semua pihak perlu berwaspada apabila kita semakin menghampiri musim sejuk,” kata Zunyou.

Menurut Wu, empat gelombang jangkitan yang setakat ini telah berlaku di China adalah:

1) Penularan di Wuhan yang berjaya dikawal pada awal Mac,
2) Penularan di timur laut China pada April dan Mei akibat kes import,
3) Penularan di sebuah pasar makanan di Beijing pada Jun, dan
4) kos sporadik di bandsr Dalian dan Urumqi dalam wilayah Xinjiang.

“Selain daripada kes di Wuhan, insiden penularan lain yang berlaku adalah bersifat sporadik dan tertumpu pada wilayah tertentu sahaja, menjadikan ia lebih mudah dikawal dengan efektif,” kata Wu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here