Covid-19: Sabah seperti Kedah, bukan seluruh negeri zon merah

0
330
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan gelang putih yang dipakainya selepas menjalani ujian Covid-19

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan untuk tidak menguat kuasakan proses kuarantin selama 14 hari bagi individu yang pulang dari Sabah ke Semenanjung berikutan tiada larangan rentas negeri dikuatkuasakan setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan pula hanya empat daerah di Sabah yang diletakkan di bawah zon merah, bukan seluruh negeri.

Beliau berkata, situasi itu sama seperti kes penularan Covid-19 di Kedah yang mana tiada larangan perjalanan ke negeri tersebut dikuatkuasakan.

“Rentas negeri kita benarkan. Sabah sama lah dengan negeri lain.

“Seperti Kedah, terdapat kes mendadak kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari Kedah.

“Namun kita buat ‘swab test’ mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, ujian saringan hanya dilakukan untuk kepastian status dan jika keputusan adalah negatif, individu terbabit boleh dibebaskan daripada kuarantin.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, setibanya dari Sabah, beliau turut menjalani ujian saringan Covid-19.

“Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat keputusan.

“Dengan izin Allah selepas keputusan negatif perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here