Covid-19: Semua rakyat Jepun akan divaksin dengan percuma

0
157

CYBERJAYA – Kerajaan Jepun mengumumkan kesemua rakyat negara tersebut akan diberi vaksin Covid-19 secara percuma.

Menurut laporan The Guardian, tindakan ini adalah bagi melindungi kesemua rakyatnya dari dijangkiti pandemik tersebut.

Kerajaan juga mengumumkan penubuhan sebuah tabung bagi membiayai mana-mana individu yang menderita akibat sebarang kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh vaksin tersebut.

Rancangan tersebut terkandung dalam dokumen yang diedarkan kepada pihak media ketika taklimat oleh Menterio EKonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura, yang juga mengetuai pasukan bertindak Covid-19 negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here