Covid-19: Tiada kes positif baharu di New Zealand

0
57

CYBERJAYA – Pihak berkuasa kesihatan New Zealand mengumumkan tiada laporan kes baharu Covid-19 pada hari ini.

Menurut portal The Guardian, pada waktu ini, terdapat.62 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif di negara tersebut.

Daripada jumlah itu, 33 merupakan kes penularan tempatan, manakala 29 lagi dalam kalangan rakyat yang sedang menjalani pengasingan di pusat kuarantin setelah pulang dari luar negara.

Secara keseluruhannya, New Zealand mencatatkan sebanyak 1,464 kes positif, dengan 25 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here