Covid-19: Vaksin buatan Sinovac tunjuk hasil memberangsangkan di Brazil

0
232
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Salah satu calon vaksin Covid-19 yang sedang menjalani ujian klinikal di bandar Sao Paulo, Brazil, difahamkan menunjukkan keputusan yang ‘memberangsangkan’.

Memetik laporan AFP, vaksin yang dihasilkan oleh firma farmaseutikal China, Sinovac Biotech itu, sedang menjalani ujian fasa terakhir di beberapa buah bandar di Brazil.

Menurut Gabernor Sao Paulo, Joao Doria, keputusan ujian setakat ini menunjukkan hasil positif, dan berjaya menghasilkan tindakbalas imun pada 98 peratus responden yang diuji tanpa sebarang tindak balas negatif.

“Keputusan ini amat memberangsangkan.

“Tidak lama lagi kita boleh mengadakan proses vaksinasi rakyat Brazil… dan tarikh yang dicadangkan adalah mulai Disember ini,” kata Doria.

Ujian klinikal fasa ketiga ini diadakan hasil usahasama Sinovac dengan pusat kesihatan umum Brazil, Intsitut Butantan.

Kerjasama ini turut memberi hak kepada intstitut tersebut untuk menghasilkan 120 juta dos vaksin yang dihasilkan bagi edaran umum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here