Dapatkan pelbagai keistimewaan apabila menjadi ahli kelab Malakat Mall

0
370
Mohd. Fadzil Hashim

RAUDHAH CITY – Orang ramai tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan dipelawa menjadi ahli kelab Malakat Mall bagi menikmati pelbagai kelebihan dan keistimewaan apabila berbelanja di pusat beli belah itu.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, antara kelebihan yang diperoleh apabila menjadi ahli kelab itu ialah ditawarkan
hak 10 peratus daripada dividen keuntungan Malakat Mall Cyberjaya Sdn Bhd kepada semua ahli kelab yang membeli di Malakat Mall Cyberjaya.

“Dividen 10 peratus ini adalah dikongsi bersama semua pengguna. Pengagihan dividen akan diberi dalam bentuk baucer oembelian Malakat Mall kepada ahli yang berbelanja minimum 12 kali setahun,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Keistimewaan sebagai ahli kelab Malakat Mall

Selain itu, katanya, pelanggan yang berbelanja di Malakat Mall juga boleh mendapat pemeriksaan asas secara percuma di Malakat Farmasi yang bakal mula beroperasi pada 15 September ini.

Pada masa sama, katanya, perkhidmatan penghantaran secara percuma dalam lingkungan radius 30 kilometer untuk semua pembelian dalam talian (online).

“Turut disediakan ialah kelas bimbingan kewangan keluarga, kelas perbaiki solat dan kelas agama secara percuma,” ujarnya.

Sementara itu, Coach Fadzil berkata, orang ramai boleh mendaftar untuk menjadi ahli kelab Malakat Mall dengan mendaftar di link
http://bit.ly/kelabmalakat atau http://bit.ly/kelabmalakat atau http://bit.ly/kelabmalakat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here