DBKL lancar perpustakaan bergerak

0
252
Unit bas yang menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak oleh DBKL.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melancarkan empat buah bas bagi memperluaskan program Perpustakaan Bergerak di sekitar ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A Dahlan berkata, inisiatif pihak berkuasa itu bertujuan meningkatkan kehidupan masyarakat khususnya dari sudut ilmiah.

“Empat buah bas yang digerakkan oleh kakitangan terlatih ini akan beroperasi di sekitar ibu kota khususnya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Perumahan Awam (PPA), pusat komuniti dan UTC.

“Setiap unit memberi kemudahan pinjaman bahan bacaan dengan kapasiti kira-kira 1,500 naskah buku dari pelbagai bidang dan kategori,” katanya pada majlis Perasmian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Kuala Lumpur, kelmarin.

Nor Hisham A Dahlan melihat sebahagian daripada 1,500 buku yang disediakan dalam Perpustakaan Bergerak oleh DBKL.

Nor Hisham berkata, antara kemudahan lain ditawarkan adalah akses kepada gedung buku elektronik, komputer dan internet tanpa wayar.

Beliau berkata, selain beberapa laluan dan lokasi ditetapkan, perkhidmatan itu juga akan terlibat dalam pelbagai penganjuran acara seperti hari sukan, karnival, pesta dan program masyarakat.

Langkah itu katanya, bertepatan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku 2020.

Nor Hisham A Dahlan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here