Denda RM53,219 jika langgar perintah kuarantin wajib 14 hari

0
200

CYBERJAYA – United Kingdom (UK) mula memperkenalkan kadar denda sebanyak £10,000 (RM53,219) bagi individu yang melanggar perintah kuarantin wajib.

Menurut portal The Guardian, kadar denda baharu ini merupakan antara langkah baharu yang diperkenalkan bagi mengawal penularan Covid-19 di dalam negara tersebut.

Satu lagi pangkah baharu yang diperkenalkan adalah berkaitan penguatkuasaan di mana orang ramai boleh melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang disyaki melanggar perintah tersebut.

Langkah ini merupakan tindakan kerajaan UK dalam menjadikan pembendungan penularan Covid-19 sebagai satu undang-undang.

Pada masa yang sama, pihak kerajan turut memperkenalkan insentif sebanyak £500 (RM2,661) bagi golongan berpendapatan rendah yang tidak dapat bekerja akibat perintah kuarantin wajib selama 14 hari itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here