Dua daripada komuniti Bajau Laut positif Covid-19

0
220
Masyarakat Bajau Laut yang mendiami kawasan timur Sabah. – Gambar hiasan.

LAHAD DATU – Dua kes positif Covid-19 di negeri ini turut dikesan dalam komuniti Bajau Laut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, individu daripada komuniti orang Bajau Laut atau Pala’u itu disahkan positif beberapa hari lalu manakala seorang lagi dikesan positif hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihati masyarakat agar menjarakkan diri daripada komuniti berkenaan termasuk menghentikan pemberian sumbangan bagi mencegah penularan Covid-19.

Lahad Datu hari ini mencatatkan 12 kes positif baharu.

Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Sabah akan diketahui hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran di Sabah bagi memberi hak dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, memandangkan PRN Sabah sudah berakhir, PKPD Secara Pentadbiran boleh dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here